Tips Melancong Ke Korea : Apa yang perlu ada dalam beg bila berjalan-jalan di Seoul

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Kotaraya Seoul merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana bukan saja indah tetapi menggabungkan elemen moden, tradisional dan alam semula jadi. Bukan saja terdapat pelbagai pusat membeli belah moden, malah istana lama, hutan simpan dan gunung rekreasi juga terdapat di tengah2 kota Seoul…memang menarik. Oleh kerana Seoul memberikan variasi tema, adalah lebih baik pengembaraan dijalankan secara beg packers. Usah risau akan sesat kerana Kota Seoul merupakan bandar terancang dan mesra pelancong. Terdapat banyak tanda arah dan pusat infomasi pelancongan. Warga Seoul juga sentiasa sedia untuk membantu anda..

Jadi, apakah yang perlu ada di dalam beg jika melakukan pengembaraan di Seoul?


Sila rujuk gambar di atas

1. Peta Seoul
Peta Seoul penting untuk merujuk kawasan sekitar dan pelan landasan keretapi bawah tanah. Peta Seoul boleh dibeli di kedai2 buku utama dan boleh didapati secara percuma di pusat informasi pelancongan Seoul.

2. Kamera / Smartphone
Perkakas wajib yang perlu dibawa. Banyak pemandangan menarik yang perlu diabadikan dan dikongsi bersama yang tersayang bila balik ke Malaysia nanti. Jika melancong semasa musim sejuk, kamera perlu dijaga dengan rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu terlampau sejuk

3. Passport
Pengenalan diri utama ketika berada di luar Malaysia. Jagalah ia seperti menjaga nyawa anda..hehe

4. Sun glasses
Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. Kompas
Kompas penting untuk membaca peta dan untuk mencari arah qiblat.

6. T – Money Card
T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10).

7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?…RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.

8. Buku catatan dan pen.
Marco Polo mempunyai buku catatan pengembaraan. Begitu juga dengan Ibnu Batuta. Jadilah pengembara profesional dengan membawa buku catatan pengembaraan kemana saja anda pergi. Catatkan pengembaraan anda. Saya suka menulis catatan idea-idea perniagaan baru yang dilihat di Seoul yang boleh diaplikasikan di Malaysia.

Sumber: http://myfir2u.blogspot.my/2012/02/tips-melancong-ke-korea-siri-3-apa-yang.html

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *