Tips bercuti ke Bandung

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Tips bercuti ke Bandung sangatlah penting untuk korang berada disana. sebelum berlepas haruslah study dulu tentang tempat korang nak pergi. Alhamdulillah, sebelum berlepas mek cah study tentang Bandung melalui Mr Google. selain itu blogger Mek Onie berkongsi serba sedikit tentang tips percutian di Bandung hari tu. so terbit lah entri ini “Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)” & “Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De’ Ranch“.

Update! pengalaman di Trans Studio Bandung2016. Sekiranya berkunjung ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, pastinya banyak perkara menarik yang korang boleh cuba ketika disana. Nak tahu apa yang menarik jemput baca artikel ” Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung” , insyallah pasti dapat memberikan korang info berguna jika ingin berkunjung kesana. Lagi satu jangan lupa menginap di hotel ini yang pasti menjamin keselesaan dan mewah dengan pilihan makanan sarapan pagi ‘Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence’.

1) Tiket

sekiranya inginkan tiket penerbangan yang murah haruslah rajin singgah di web AirAsia. so perancangan awal harus dilakukan kerana AirAsia selalu je buat promosi tambang murah contoh entri ini “Promosi tambang murah AirAsia“. tak rugi survey awal-awal dan terus booking sekiranya bersesuaian dengan masa free korang untuk terbang! . kalau yang ada budget tinggi boleh survey di MALAYSIASAIRLINES.

2) Baggasi

Plan nak shopping so abaikan niat untuk membawa berpuluh pasang baju. cuma bawa yang untuk pakai di hari pertama jerk. selebihnya boleh beli kat sana sebab harganya murah. tudung spare jangan dilupa. macam mek cah terbawa sehelai je selendang, tu pun pinjam yang adik punya tudung bawal. Nazakk. T.T

semasa nak fly dari KL-Bandung pastikan kosong je luggage anda dan tak lebih dari 9kg, so jimat tak perlu bayar yang bahagian luggage punya. mungkin masa untuk pulang dari Bandung-KL nanti perlukan luggage 20kg keatas sebab shopping banyak kan..:)

3) Kasut

beberapa hari sebelum berangkat mek cah dah plan tak nak bawa heel atau wedges walaupun diri ini telah sebati dengan kasut bertumit tinggi. tapi disebabkan untuk senang bergerak dan elakkan dari sakit kaki maka dah beli sepasang kasut khas untuk ke sana. alhamdulillah tak lenguh kaki berjalan. biarpun jadi pendek sekejap.lolzz kesimpulannya pakai je yang flat punya ataupun kasut yang selesa.

4) Duit / Bank

dinasihatkan tukar siap-siap duit RP di Malaysia. Elakkan tukar di Airport kerana agak mahal. di Bandung ada money changer dapat lebih banyak keuntungan. macam mek cah dah tukar siap-siap RM1000 di money changer bersebelah Pantai TiMur Kota Bharu, Kelantan.

Aktifkan akaun bank tempatan anda for International withdrawal. Maybank dan CIMB paling banyak dan mudah di jumpai di sana. Tapi ada caj yang agak mahal la kot around RM10-20. cara nak aktifkan melalui online ataupun call je operator mereka. mihmih

5) AIRPORT TAX

Masa sampai je asingkan RP75, 000 per person untuk tax AIRPORT, dalam duit malaysia lebih kurang RM24 . sebabnya takut nanti korang terguna duit tax gara-gara gila shopping. tapi tax juga boleh dibayar dalam RM, tapi harganya mahal sedikit dari harga dalam rupiah.

6) HOTEL


sebelum fly pastikan korang dah call hotel-hotel yang korang ingin stay. sebabnya takut nanti tiba-tiba smpai penuh pulak. hotel pelbagai budget , so pandai-pandai je pilih yang mana sesuai dengan budget korang. boleh booking melalui AGODA, sekiranya ada card credit. tapi yang pasti lebih untung dan banyak kelebihan menginap ialah di berhampiran bandar, ada wifi, supir, blue bird, tempat makan dan sebagainya. cadangan :

Marceilla hotel

Hotel Bandung (Jl Sinargalih No.9), Bandung, Indonesia
Directions
+62 22 2041317

7) Makan

sesetengah hotel telah sediakan sarapan pagi termasuk bayaran yang sewa hotel. tapi serius makanan di Marceilla hotel memang sedap. service pun best. bagi nak rasa makanan di luar hotel boleh sahaja. banyak tempat untuk makan tapi kalau boleh elakkan makan di gerai tepi jalan, takut perut korang tak serasi dengan makanan macam tu. mihmih tapi mek cah okay saja, lebih jimat. winkk.roti bakar kat Bandung sangat sedap. yumyum!

8) TIPS

Di Bandung ni memang amalkan budaya tips.even pak supir nak buat u-turn pon kene bayar tips kat orang jaga jalan tuh so, sentiasa get ready dengan duit kecil. lau dapat duit malaysia memang melompat la diorang sebab suka sangat. maknanya kite perlu sediakan duit kecil untuk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupun cuma IDR2000, sudah cukup besar bagi mereka.

9) Pengangkutan /Supir

Kami memang cukup selesa dengan salim +6281322731636 (prefer whatsapp) or ikut pakej 3D2N RM200 je minimum 4 pax. Dia memang mahir dengan selok belok jalan di sana. So tak de lah buang masa apabila pak supir sendiri nak kena tengok map kan. Salim juga pandai bagi idea kemana nak pergi. Berkenaan dengan kereta apa yang nak sewa, bilangin aja sama Salim total tetamu kamu. Dia bisa membantu dan sangat baik hati.:)

Sumber: http://hazanis.blogspot.com/2014/01/tips-bercuti-ke-bandung.html

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *