Tekanan penyebab obesiti

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Stres menyumbang kepada obesiti kerana ia mengubah pengambilan makanan sehingga menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan, kata seorang ahli psikologi klinikal.

Pakar Perunding Psikologi Klinikal, Hospital Pakar KPJ, Sentosa Loheswary Arumugam berkata, tekanan hidup yang kronik mampu mempengaruhi perubahan hormon dan nampaknya ia berkaitan dengan keutamaan yang begitu hebat bagi mendapatkan tenaga dan makanan yang padat dengan zat.

“Tekanan membuatkan seseorang itu mengidam makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi yang membawa kepada perubahan dalam gaya pemakanan. Lemak yang terkumpul di sekitar perut, menyebabkan obesiti.

“Untuk mencegah obesiti, kita perlu mengatasi segala tekanan, mungkin dengan menggantikan makanan tertentu dan minum lebih banyak air kosong. Ikutilah teknik bersantai dengan tenang seperti menarik nafas yang panjang kerana ia boleh membantu,” katanya dalam ceramah mengenai Tekanan dan Obesiti di Wisma Bernama hari ini.

Ceramah berkenaan dianjurkan Persatuan Wanita dan Isteri-isteri Kakitangan Bernama (Benita), terutama untuk peserta program ‘Biggest Loser’.

Beliau berkata, banyak sebab mengapa seseorang itu mengalami stres, termasuk masalah kerja dan tekanan sosial selain kurang tidur.

Katanya, tindak balas tekanan yang berpanjangan adalah bahaya dan boleh menyebabkan penyakit seperti kencing manis, dyslipidemia (jumlah lipid yang tidak normal seperti kolesterol dalam darah) dan tekanan darah tinggi.

Beliau berkata, belajar cara menguruskan tekanan boleh membantu mengembalikan keseimbangan dan ia boleh dilakukan dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat, dengan senaman yang kerap dan menjaga tabiat pemakanan serta tidur – selain perlu mengurangkan penggunaan peralatan berteknologi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan berkata, obesiti merupakan masalah besar di negara ini dengan seorang daripada tiga rakyat Malaysia berumur 40 hingga 59 tahun mengalami berat badan berlebihan.

Sumber: Bernama

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *