Kisah hutan di tengah bandaraya Kuala Lumpur

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur dihiasi dengan sebuah taman botani berkeluasan 80 hektar yang dipanggil Rimba Ilmu.

Taman botani ini berbeza dengan taman-taman yang ada di bandar khususnya kawasan sekitar Lembah Kelang kerana ia berkonsepkan hutan hujan tropika.

Dengan kata lain, masih ada tempat yang menawarkan suasana hutan hujan dan kehijauan alam semula jadi di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

Malaysia merupakan antara negara yang bertuah kerana dikurniakan kekayaan alam semula jadi dan kepelbagaian spesies tumbuhan serta haiwan.

Keistimewaan yang ada pada negara kita ini turut diakui oleh pakar biodiversiti dan Profesor daripada Cardiff University di United Kingdom, Michael Bruford, yang menjadi salah seorang panel dalam diskusi “It’s a Jungle in Here!” yang diadakan di Taman Botani Rimba Ilmu di UM baru-baru ini.

Menurut beliau, populasi manusia yang semakin ramai telah menuntut lebih banyak lagi ruang tempat tinggal sehingga membawa kepada perubahan landskap alam.

“Dalam mengejar kemajuan, kita tidak wajar mengabaikan aspek nilai kemanusiaan terhadap alam sekitar.

“Cabaran yang tidak pernah habis adalah bagaimana kita mahu mendekatkan hati manusia dengan alam sekitar agar menghargainya dan terus terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Bruford, yang pernah bertugas di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah, pada tahun 1999, begitu kagum dengan cara penduduk tempatan menjaga hubungan baik mereka dengan alam sekitar.

Beliau turut berpendapat, ramai orang barat datang ke Malaysia, khususnya Sepilok, Sabah untuk merasai sendiri keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan yang ada di negara ini.

Bruford berkata, apabila beliau kembali ke Malaysia, beliau terkejut dengan perubahan dan urbanisasi yang begitu pesat membangun di sini.

Sumber: astroawani

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *