Apa guna bertudung kalau tak solat?” – Adik Neelofa Bidas Netizen Pertikai Muat Naik Gambar Sejadah

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Memenangi Anugerah Instafamous dalam kategori Paling Chantek baru-baru ini, adik Neelofa  diakui memang memiliki paras rupa yang menawan. Mempunyai seramai 813,000 pengikut di laman Instagram, apa  sahaja yang dilakukan  oleh gadis bernama Nur Ameera  Khan ini menjadi tumpuan ramai.

Terkini, Ameera  dikatakan telah menunjukkan sejadah pemberian kakaknya, Neelofa  di instastory bersempena dengan pelancaran sejadah baru keluaran jenama Naelofar itu. Perkongsian Ameera  itu tidak semena-mena mengundang kecaman dan reaksi sinis netizen yang mempertikai tindakannya.

Dalam banyak-banyak komen yang diterima, Ameera  tertarik  kepada salah satu komen negatif yang diberikan  netizen lalu memuat naik tentang komen tersebut di laman Twitter miliknya. Entri Ameera memberitahu bahawa dia menerima satu komen melampau mempertikai ibadahnya gara-gara memuat naik story sejadah.

“Tak pakai  tudung pun nak sembahyang,” tulis individu berkenaan.

Gadis yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan ini kemudiannya membalas komen tersebut menerusi akaun  Twitter menjelaskan bahawa tohmahan individu tersebut adalah tidak berasas. Bagi Ameera, hubungannya dengan Allah bukan untuk dipertontonkan kepada sesiapa yang suka menilai.

Ameera  merasakan bahawa adalah lebih baik dia mula bersembahyang sebelum dia menutup aurat. Gadis ini juga berpendapat bahawa tiada  gunanya seseorang itu memakai tudung jika tidak sembahyang. Kenyataan Ameera  itu sekaligus membidas tohmahan netizen.

“Apa guna  bertudung kalau  tak solat?” kata Ameera  dalam entri yang dimuat naik di laman Twitter.

Pun begitu, Ameera  menjelaskan bahawa dia tidak ada  sebarang perancangan untuk kembali  berhijab dalam masa terdekat, jadi netizen tidak perlulah  menaruh apa-apa  harapan ke atasnya.

“Tapi saya tidak merancang untuk  bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya.”

Ada netizen yang berpendapat lebih baik tak payah sembahyang kalau tidak bertudung. Namun, siapalah kita untuk menilai ibadah orang lain, kan? Apa pendapat korang?

Sumber: lobakmerah.com

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *