Bila merakam lebih penting daripada menyelamatkan

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

TINDAKAN seorang pengunjuang taman tema air yang merakam seorang kanak-kanak disyaki lemas dikecam orang ramai selepas rakamannya tular.

Menurut Malaysian Digest, dua video rakaman yang dimuat naik ke laman Facebook pada 6 Mei lalu tersebut telah ditonton lebih 1 juta kali.

Sebuah video menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terapung di permukaan kolam taman tema berkenaan.

Bila merakam lebih penting daripada menyelamatkan

Sedutan video yang tular di Facebook. – Foto Malaysian Digest

Beberapa pengunjung lain dilihat melepasi mangsa tetapi tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa.

Selepas hampir seminit, seorang wanita akhirnya berenang mendapatkan kanak-kanak tersebut dan mangsa dilihat jelas longlai dan tidak bermaya.

 Video rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak terbabit.

Rata-rata pelayar laman Facebook mengecam tindakan perakam yang disifatkan kejam.

“Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh,” kata seorang pelayar.

“Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini,” kata seorang lagi pelayar yang bengang.

Waktu dan lokasi kejadian gagal dipastikan.

Sumber: www.sinarharian.com.my

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *