Mahu Travel Ke Venice? Ini 7 Tip Daripada Saya Yang Baru Saja Ke Sana

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Venice sememangnya tempat yang sangat cantik. Menyebut tentang namanya sahaja sudah terbayang tentang airnya yang hijau, gondola serta tempatnya yang masih mengekalkan identiti klasik.

 Venice merupakan sebuah pulau yang sangat kecil di Italy. Dengan kelebaran pulau sekitar 4 km mungkin tidak memakan banyak masa anda untuk meronda keseluruh pulau ini.

venice

Meskipun kecil, pemandangan sekeliling yang sangat memukau bakal membuatkan anda terleka hingga tak sedar masa berlalu. Perkara-perkara seperti ini bakal mengambil masa anda untuk melengkapkan tour seluruh Venice. Menetap selama 2 ke 3 hari adalah yang terbaik untuk anda menikmati pulau yang sangat cantik ini.

Dalam pada itu, tidak dinafikan Venice antara tempat yang mahal untuk dilawati di Eropah. Masalah bahasa kemungkinan bakal memberi sedikit masalah buat anda.

Memandangkan saya baru sahaja pulang daripada Venice, terdetik di hati saya untuk kongsikan beberapa tips penting buat anda yang mahu melawat ke Venice.

1. Kenal pasti lokasi ‘sebenar’ Venice

venice_big

Untuk pengetahuan anda, Venice terbahagi kepada dua. Kawasan pulau dan seberang. Buat anda yang ingin mengunjung ke Venice saya cadangkan supaya anda memilih menginap di dalam pulau meskipun sedikit mahal.

Ini kerana segala kecantikan yang sering dilihat di Internet seperti keindahan sungai, bridge dan gondola semuanya terdapat di dalam pulau. Sememangnya lebih berbaloi berbanding tinggal di luar pulau dan terpaksa berulang alik menggunakan bas untuk ke Pulau Venice.

2. Perjalanan untuk ke Pulau Venice

come-arrivare-a-venezia

Terdapat beberapa cara untuk anda sampai ke Pulau Venice. Jika anda tiba di Venice Airport yang terletak di Pulau Venice, anda boleh pilih untuk menggunakan pengangkutan awam atau teksi.

Buat anda yang tiba secara berkumpulan atau membawa barangan yang banyak, saya cadangkan anda menggunakan teksi yang berharga €40.

Penggunaan pengangkutan awam mungkin agak releven buat anda yang hadir secara solo atau berdua berikutan kos untuk menaiki bas dan seterusnya water bus untuk ke Pulau Venice berharga €14 seorang.

Buat pengunjung yang tiba di Venezia Santa Lucia railway station menggunakan kereta api, anda tidak perlu risau kerana stesen ini terletak di dalam pulau. Anda boleh terus keluar dan enjoy the view.

14907684_10154678524676171_7111820445797094934_n

VIEW YANG AKAN ANDA LIHAT ELOK SAHAJA KELUAR DARIPADA VENEZIA SANTA LUCIA STATION

3. Perjalanan di dalam Venice

Perkara paling penting yang perlu anda ada di Venice adalah peta. Offline map adalah yang terbaik. Dengan adanya peta tersebut anda mampu untuk melawat monumen-monumen menarik sekitar Venice. Juga bakal membantu anda ketika sesat dengan berpandukan kepada nama bridge.

venice-tourist-attractions-map

ANDA BOLEH MUAT-TURUN MAP INI SEBELUM MELAWAT KE VENICE

Anda juga boleh dapatkan peta ini dengan mudah di information centre di Piazzale Roma dengan harga €3. Sedikit info tambahan, Piazzale Roma merupakan tempat di mana taxi atau bas akan berhenti berikutan tiada kenderaan dibenarkan memasuki Pulau Venice termasuk basikal.

Memandangkan Venice tidaklah begitu besar, agak realistik untuk anda ke tempat penginapan anda yang terletak jauh daripada Piazzale Roma hanya dengan berjalan kaki. Jika anda masih muda dan mahu berjimat seperti saya, berjalan kaki adalah pilihan yang baik. Bukan sahaja dapat berjimat, view sekeliling yang sangat lawa seolah-olah membuatkan perjalanan ke sesuatu tempat tidak terasa jauhnya.

Antara pilihan lain yang tersedia adalah menaiki bot yang berharga €7.5 seorang untuk satu hala perjalanan. Pilihan yang agak releven buat anda yang membawa beg atau barangan yang banyak

4. Tawar-menawar antara skill terpenting

20110713venice-8994-x3

Sama seperti melawat bandar-bandar lain, kemahiran tawar-menawar adalah sangat penting untuk mendapatkan harga yang lebih berbaloi. Di Venice, anda bukan sahaja boleh tawar-menawar untuk membeli cenderamata malah harga menaiki gondola juga adalah fleksibel.

Baca: 10 Cara Berjimat Sehingga 50% Kos Pengangkutan Sewaktu Travel Di Eropah

5. Mendapatkan makanan Halal

donerkebab1202a

Mendapatkan makanan Halal di Venice pada pendapat saya tidaklah begitu sukar. Terdapat banyak pilihan dan kedai yang menawarkan makanan halal sekitar Venice. Kebab dan Margherita Pizza (Cheese Pizza) antara contoh makanan Halal termudah yang anda boleh dapatkan daripada penjual Muslim di sana.

Cop halal yang terpampang besar di pintu kedai mungkin sedikit sebanyak yang mengurangkan masalah ragu-ragu anda semasa mendapatkan makanan.

Buat anda mahu berjimat serta mengelakkan daripada menghabiskan banyak wang dengan memakan di restoran, tips no.6 mungkin paling anda suka.

6. Dapatkan barangan makanan di supermarket berdekatan

8242161766_42deb6b275_b

Mungkin agak biasa di mana-mana sahaja jika makanan dan minuman di kedai makan dijual dengan harga yang tinggi. Walaubagaimanapun, dengan perbezaan sehingga 2 hingga 4 kali ganda mungkin akan membuatkan anda berfikir untuk berjimat dengan membeli barangan setidaknya air mineral di supermarket sahaja.

Terdapat beberapa supermarket yang mudah dijumpa sekitar Venice. Antaranya adalah Coop dan Billa.

7. Elakkan terkena ‘paw’

14939983_10154678527146171_7981621299145009206_o

Mungkin agak sinis atau kelakar untuk dibincangkan namun setelah berbincang dengan beberapa pelancong yang lain, tidak dinafikan Venice antara tempat yang famous dengan perkara ini.

Memandangkan Venice sering dilawati pelancong, beberapa kerja ‘paw’ sering terjadi di kota ini dan jangan terkejut jika saya katakan itu sudah menjadi pekerjaan mereka.

Jika di London setiap kali anda bertanya jalan atau memohon sedikit bantuan kemungkinan besar anda akan dilayan dengan baik tanpa sebarang bayaran, namun tidak di Venice.

Jangan mudah terpedaya dengan ‘niat baik’ orang yang tidak dikenali yang secara tiba-tiba menawarkan bantuan. Elakkannya dan sebolehnya cari orang yang betul dalam bertanya sesuatu jalan atau tempat di dalam Venice.

Rasanya 7 tips ini sangat penting untuk saya kongsikan buat pembaca-pembaca yang mahu melawat Venice. Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil ketika melawat Venice.

15025203_10154678527331171_8141581203029513047_o-1

14940077_10154678524936171_984796837525565132_o

15068900_10154704722546171_479786760163610340_o

14937360_10154678524826171_2287071090995708222_n

14937320_10154678525616171_4444648725700100524_n-1

15123115_10154704722566171_188248246371993940_o

14955807_10154678527451171_8526602481639096242_n

Sememangnya Venice antara tempat tercantik di Eropah yang pernah saya lawati. Environment dan atmosphere Venice sangat jauh berbeza berbanding bandar-bandar lain di Europe. Jadi jika anda merancang ke Venice, usah ragu-ragu lagi. Beli tiket dan terbanglah ke sana.

Sumber: thevocket.com

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *