Jom melancong ke Lauterbrunnen, Switzerland!

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Teksi yang kami tempah tiba seawal 3.30 pagi di muka pintu hotel dan meneruskan perjalanan ke Gloucester Bus Stop yang tak sampai 2 marhalah. Dari situ, kami menaiki Easybus yang dah ditempah secara online ke Luton Airport.  Masih segar di ingatan dengan bawak baby yang dah tak berape nak baby diiringi luggage bagak menunggu bas di bumi London pagi-pagi buta. Dari airport pulak, kami menaiki pesawat tambang rendah, Easyjet direct ke Geneva, juga dah dibeli awal-awal secara online. Kena selalu jengah ye website dia untuk dapat harga murah impak maksima. Nervous aku laki bini packing bag sebab baca review Easyjet ni macam strict with the luggage and hand carry. Semua kena sukat ikut undang-undang dia.

Bumi London ditinggalkan lebih kurang 6.50 pagi tanpa banyak songeh imigresen. Sempatlah breakfast di Pret & Manger. Aduhai winduuu.
Gamboooo
Banyak kali aku cubit diri sendiri bilamana kapal terbang semakin mendekati bumi Geneva. Swiss oiiii. Umpama mimpi dalam mimpi lagi-lagi bila nampak petak kuning-kuning tu. Mak jakun!
Airport Geneva agak sederhana dan nampak biasa. Yang pelik cuma signboard dalam multiple language, ye multiple bukan dwi ye. English, French, Germany and Italian. Mengikut pakcik google pulak, area Geneva mostly in French. Tapi bila aku test tanya kat information counter, fluent je english diorang. So, no problemo.
Setelah luggage berjaya dikutip dengan stroller yang memerlukan token, kami menghayun langkah ke arah area train untuk misi seterusnya iaitu mencarik kaunter Swiss Pass. Berpusing jugaklah kitorang siap berkenalan dengan family dari Indonesia. Sepuluh minit pusing-pusing pun kami masih tak jumpa sehinggalah aku beratur di barisan pengurup wang cuba nasib nak tanya. Rupanya, office yang jual segala mak nenek pass bersebelahan kaunter money changer tadi. Tercongok pegawai dia kat tepi tu. Haih!
Tanpa banyak soal, kami beli Swiss Pass yang berharga CHF242 seorang untuk second class. Unlimited transportation di seluruh swiss dan discount untuk most of mountain train, cable car dan ferry. And some of transportation are free of charge with this Swiss Pass. Memang berbaloi la compare yang lain. Lagipun sebelum sampai pun aku memang dah surveyed and ramai yang suggested Swiss Pass ni. Cuma nasib aku tak berapa baik sebab diorang baru je lepas buat promotion buy 1 free 1. Opportunity loss almost RM1k di situ.
Settled je urusan pembelian (lepas ada insiden Rayyan macam tercampak sebab dia sibuk main pintu auto kat office tu), kami terus ke platform train yang terletak di underground. Dari sini, kami menuju ke Montreux, lebih kurang 1 jam perjalanan. Timing train semua ada diorang display. Check sahaja.
Sampai sahaja di Montreux, kami menaiki scenic train GoldenPass untuk ke Interlaken. Ok, sebenarnya banyak pilihan scenic train kat Swiss ni dan contoh yang paling famous macam Glacier Express dan Bernina Express. Kena pilih berdasarkan timing. Glacier Express memang famous tapi journey about 8 jam. Matik.
Mungkin next time kami naik Glacier. Eh?
Dari Montreux, kami menuju ke Zweisimmen. Dari situ, kena tukar GoldenPass yang lain untuk ke Interlaken OST pulak.
Pemandangan di kiri dan kanan memang tak boleh dibayangkan. Cantik nak mampus. Mata yang ngantuk pun macam tak sampai hati nak tidur. Memang kami laki bini tak putus-putus memuji kebesaran Allah.
Ko bayangkan lah pemandanagan alpine forest, gunung ganang yang diliputi snow, air terjun kelihatan dari kejauhan, rumah-rumah kayu di tengah-tengah kehijauan saujana mata memandang. Perghhhh.
Nak kira macamana lagi?
Pemandangan ke Interlaken OST pun cantik tak tekata. Malah lebih lagi, kot. Suasananya lebih sunyi dan pedalaman. Majoriti penumpang dalam train tu golongan warga emas. Macam susah nak nampak abang-abang sado. Mungkin semuanya berhijrah bekerja ke bandar.
Sampai satu tahap kitorang dah tak larat nak ambik gambar. Duduk diam-diam menghayati keindahan ciptaan Allah.
Sedar-sedar, kami dah sampai di Interlaken OST. Misi diteruskan dengan menaiki train yang seterusnya ke Lauterbrunnen. Punyalah jauh tapi takpe berbaloi-baloi.
Orang dah nak sampai destinasi, budak kecik ni baru bangun tidur. Bangun-bangun mintak biskut Oreo. Kebuluq.
Precious moment of Mummy and Rayyan.
Yeay, finally after almost 12 hours journey from London, we arrived Lauterbrunnen safely and sound. Inilah rupa station train Lauterbrunnen. Seterusnya, misi mencari Valley Hostel. Badan dah melekit oi!
GAMBO BAG XXXXX
Valley Hostel ni memang terletak sangat berdekatan dengan Station train Lauterbrunnen tadi. Cumanya, kena naik bukit sikit. Yang kasihan suamiku itu yang perlu menarik ketiga-tiga luggage kami.
Keluar dari station train tadi, belok ke kiri dan kau harung lah jalan yang berbukit itu sampai nampak bayang banner Valley Hostel di sebelah kiri. Rilex, berjalan kaki 5 minit cuma.
Sementara tunggu Babah sampai dengan beg-beg itu, kita posing dulu.
Ha tu nampak arrow check in tak?
Selesai sahaja urusan check in, masing-masing kebulur. Lepas dinner dengan Brahim bagai, kami berehat dan bergegas berwifi meng-hup-date instagram. Hehe.
Valley Hostel memang sangat strategik dan kau dapat apa yang kau bayar. Walaupun toilet berkongsi dengan penghuni 2 bilik lain, tapi kebersihan memang tip top. Ko nak tidur dalam toilet pun boleh.
Gambo XXXX
Nah, inilah pemandangan bilamana pintu balkoni dibuka. Masyaallah, indah tak terkata.
Misi kami yang pertama hari itu ialah ke puncak Schiltorn. Tapi dengan cuaca yang gloomy hari itu, kita berserah sahaja.
Macam biasa, kita posing dulu di sekitar hostel sebelum memulakan aktiviti harian.
Punyalah maharajalawak, kami gigih tunggu bas 104 nak ke bandar Lauterbrunnen sebab nak ke station cable car katanya, walhal bila jalan kaki tak sampai 5 minit sahaja. Rupa-rupanya, kat situ je lah bandar diorang. Kat area station train yang mula-mula kami sampai semalam, memang sejengkal je dari Valley Hostel.
Dush! Bengong sampai rasa nak hentak kepala.
Borak-borak dengan driver bas, sekali lagi berita mendukacitakan kami dapat. Cable Car hanya sampai kat Murren sahaja. Impian nak ke Schiltorn lebur sebab diorang tengah ada kerja-kerja penyelenggaraan. Muka aku dah merah, tak tahu nak respon macamana. Macam biasa, Hayrel jadik penenang bagi pilihan jika nak ke Jungfrau.
Kata sepakat di ambil, kita teruskan ikut itinerary tengok apa yang ada. Nanti kempunan pulak tak cium bau Murren.
Perjalanan cable car bermula. Walaupun cuaca tak menyebelahi, tapi kecantikan kampung-kampung Lauterbrunnen jelas kelihatan. Segalanya percuma bilamana kau tunjuk Swiss Pass ye.

 

Lebih kurang 10 minit, kami sampai di Station Grutschalp.
2 Gambo XXXX rayyang ngan babah. gambo baju merah mummy.
Dari Grutschalp, kami menaiki train yang lain ke Winteregg dan seterusnya ke Murren.
Pemandangan kanan kiri hanya berwarna putih. Salji pulak memang turun agak lebat. Sedih dan sendu. Sesendu perasaan aku ketika itu. Apa pemandangan pun tak nampak. Jungfrau dan Eiger jauh sekali.
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Inilah Murren.
Niat di hati nak berjalan menikmati pemandangan mountain village di Murren terkubur.
Umpama ghost village, aku boleh kira dengan jari kelibat penduduk pekan kecik ni yang keluar pada hari itu. Mungkin semua tengah berkelubung…
Puas berjalan mengukur jalan di Murren, kami ambil keputusan untuk turun ke bawah. Menangis air mata darah sekalipun, tak mungkin kami dapat ke Schiltorn hari itu dan tak mungkin pemandangan salju nan memutih itu bertukar menjadik terang benderang bersama pelangi.
Mak pasrah dalam payah.
Kami ke bawah melalui route Gimmelweld.
Hati yang berlagu pilu tadi sedikit terubat sejurus terlihat kelibat air terjun!
Memang meroyan. Bolehla buat penyembuh hati nan lara. Hahaha. tsk tsk.
View kat sini memang tercantik dan terindah dan terbaik lah. Sungai yang jernih di celah-celah rumah-rumah kampung yang comel. Mmm, one word; indah.
Masih ingat dengan air terjun tadi? Memang betul-betul terletak dekat belakang station cable car Lauterbrunnen tadi. Jalan kaki tak sampai 10 langkah sahaja, punyalah dekat.
Kalau tak silap, air terjun ni dikenali sebagai Trummelbach dalam bahasa tempatan.
 Memang antara yang popular di daerah Lauterbrunnen Valley ini.
Sungai yang membawa deras air dari terjunan si Trummelbach.
Masyaallah pemandangan kat sini memang paling indah. Berlatar belakangkan gunung ganang bersalji, rumput-rumput dilakari dengan wild flower yang kekuningan. Nampak tak satu lagi air terjun kat sebelah sana? Entah apa namanya aku kurang pasti. Berlambak, merata air terjun kot. Perghhhhhhhh

 

Lama kami menghayati pemandangan kat sini. Memang cantik, hijau saujana mata memandang. Sejukkkk je. Hilang segala penat lelah, lenguh kaki segala.

 

Haruslah mengabadikan potret kami sekeluarga.
Moga-moga panjang umur jejak lagi kaki kami kat sini.
See, budak kecik ni kemain suka lagi. Terkinja-kinja sesuka hati,
Agak-agak lapar order sahaja oreo dan milky. Haih. Easy peasy mummy.

Inilah rupa station cable car tadi yang juga menempatkan bas nak ke pekan Lauterbrunnen, atau lebih tepat lagi ke hostel kami, Valley Hostel.

Oh ya, kalau rasa nak duduk hostel yang berdekatan this area, bolehlah try google Schuzetbach Backpackers & Camping. Antara yang famous juga di kalangan Malaysian (port budak-budak Kelana Convoy) sebab seawal lima bulan aku check dah full house okay.

Makanya, mari kita balik ke hostel berbincang serta makan tengahari serta solat. Ke Jungfrau kah kita? Tungguuuuuuu…….gittew 🙂

Sumber: hayrelaida.blogspot.my/

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *