Tips Melancong Cara Bajet

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis
pengalaman yang anda inginkan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah
bersama teman atau beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi
yang sesuai dengan bajet anda.
Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tips ini untuk membantu anda bercuti dengan
bajet yang ada.

1. Melancong ketika luar daripada musim
Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di internet atau pusat ejen
pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling
murah.

2. Berkongsi
Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik.
Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik
berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta bantal atau tilam lebih.

3. Tempahan awal
Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa
akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda
menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan.
Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan
seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa.

4. Fleksibel
Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau
keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di dalam                                  kenderaan.  Anda bukan sahaja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap
perhentian.

5. Tempahan berpakej
Percutian akan menjadi lebih murah apabila anda menempah percutian berpakej.
Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan
makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah
dibayar awal ketika anda menempah tiket.

6. Penginapan berdapur
Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan
semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu
anda seorang pelancong.
Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur.
Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.

7. Perbincangan dengan ejen pelancongan
Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa
membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya.

8. Pilih pertukaran wang asing termurah
Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir.
Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi
pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.

9. Kereta jimat minyak
Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan
kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik
saat melancong.
Tips untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan
tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan.

10. Satu beg memadai
Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya
ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh
hotel.
Elak membawa seluar atau baju yang tebal  tetapi sebaiknya pakai siap jika anda
melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.

Sumber: kaki.sini.com.my

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *