Tips Rancang Percutian Bajet

Posted by
Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Tips Rancang Percutian Bajet. “Lecehlah nak merancang percutian. Tiba-tiba ada hal tidak dapat dielakkan, semuanya termasuk wang tiket kapal terbang bukannya dapat dikembalikan”,

“Percutian tanpa perancangan lebih seronok kerana banyak perkara menarik menanti selain sangat bersesuaian dengan masa terluang kita,”

Itulah antara kata-kata yang sering diungkapkan tatkala bercerita mengenai perancangan awal dilakukan untuk pergi bercuti ke destinasi pilihan.

Ramai berpendapat dengan perancangan yang dibuat awal boleh dibatalkan begitu saja jika ada hal-hal berlaku terutama berkaitan pekerjaan.

Namun, tanpa disedari, merancang percutian anda lebih awal sangat menguntungkan dari semua segi sekali gus menjadikan percutian itu lebih teratur dan menyeronokkan.

Tempat Percutian Menarik di Malaysia

Tahun ini, apa kata cuba ubah pemikiran bahawa percutian sebaiknya dirancang lebih awal dan teliti. Sebagai contoh, bilakah tarikh yang sesuai untuk bercuti, tempoh percutian, di mana anda akan menginap dan sebagainya.

Bila semuanya dirancang dengan awal, anda pasti boleh bercuti setiap tahun dengan perbelanjaan yang lebih murah.

Tips melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda untuk merancang percutian supaya percutian anda bukan saja menyeronokkan, selesa tetapi juga lebih menjimat­kan. Selamat ber­­cuti!

Tentukan waktu yang tepat

Pertengahan atau akhir tahun biasanya antara masa bercuti yang disukai ramai. Jadi, cuba elakkan pergi bercuti pada masa itu kerana harga tiket dan hotel boleh melonjak naik.

Jika memang mahu bercuti di tempat yang sama tetapi dengan belanja yang jauh lebih murah, berkunjunglah semasa tidak ramai orang. Menjelang musim cuti atau selepas musim cuti, harga tiket atau hotel biasanya sudah turun.

Tentukan tempoh percutian

Bercuti tidak seharusnya selalu dilakukan dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi jika kewangan tidak begitu memberangsangkan.

Cuti hujung minggu saja sudah mampu untuk membuatkan tubuh badan dan fikiran kembali tenang dengan kerja yang sentiasa membebani. Dengan tempoh cuti yang singkat, anda juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Menabung dari awal tahun

Jika anda merancang untuk melancong di musim cuti, cara termudah untuk menikmatinya tanpa perlu menanggung perbelanjaan yang membebankan adalah dengan menabung sejak beberapa bulan sebelum percutian itu.

Seperti contoh, bajet untuk melancong itu lebih kurang RM10,000, cuba asingkan duit yang perlu setiap tahun untuk mencapai target terbabit. Jika ada bonus, lebihkan wang yang disimpan untuk tujuan bercuti. Justeru, jika merancang untuk bercuti hujung tahun ini, menabunglah dari sekarang.

Gunakan promosi dari syarikat penerbangan

Buat perancangan sejak awal dan di mana anda mahu bercuti. Dengan itu, anda sudah boleh mendapatkan tiket promosi dari syarikat-syarikat penerbangan tambang murah dengan harga yang benar-benar rendah.

Anda mungkin boleh menjadi ahli di laman web sesuatu syarikat penerbangan untuk mendapatkan mak­lumat lebih awal mengenai pakej-pakej promosi yang ditawarkan. Ia pasti sesuatu yang sangat menguntungkan.

Walau bagaimanapun, an­da sudah tidak boleh membatalkan rancangan percutian anda ketika dengan pembelian tiket promosi itu kerana wang tidak akan dikembalikan.

Pilih bilik keluarga atau apartmen

Jika bercuti dengan keluarga, menempah bilik keluarga adalah sangat menguntungkan daripada menempah dua bilih dengan satu katil tambahan.

Alternatif lain adalah dengan menyewa apartmen untuk beberapa malam. Keuntungannya, dengan bi­lik apartmen anda boleh menggunakan dapur yang ada untuk memasak makanan sendiri.

Sumber: faizalfredley.com

Share this...
Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *